Click Banner above

Thursday, January 20, 2011

PENTADBIRAN, PENGURUSAN DAN PERUNDANGAN

Eksekutif Sumber Manusia
Eksekutif Sumber Manusia bertugas untuk mengurus dan menjadi sumber rujukan dengan keupayaan menganalisis bidang tugas di bawah kawalan untuk mencapai objektif jabatan, bahagian atau pusat di dalam sesebuah organisasi.

Anggaran Gaji

* Sektor Awam (RM) : 1,700 – 5,200
* Sektor Swasta (RM) : 1,960 – 4,280

Tahap Pendidikan

* Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia)

Contoh Institusi

* Kolej Universiti Nilai
* Kolej Komuniti

Senarai Tugas

* Menyediakan buku kecil/risalah maklumat pekerjaan dan sistem pengelasan pekerjaan;
* Menguruskan rekod personel dan sistem maklumat sumber manusia yang berkenaan;
* Memberikan nasihat dan menjalankan fungsi berkaitan pengambilan pekerja, penempatan, latihan, prestasi kakitangan, kenaikan pangkat, pampasan, dan perhubungan pekerja dengan pihak pengurusan;
* Mengkaji dan menganalisis kerja yang dilaksanakan dalam sesuatu organisasi, menjalankan temu duga dengan pekerja, penyelia, dan pengurusan serta menulis keterangan tentang jawatan, kerja, dan pekerjaan yang terperinci daripada data yang diperoleh;
* Mengkaji dan memberikan nasihat kepada orang perseorangan tentang peluang pekerjaan, pemilihan kerjaya, dan pendidikan atau latihan lanjutan; Memberikan bimbingan kepada pelajar, ibu bapa, dan guru berhubung dengan berbagai-bagai perkara, termasuk
* Memberikan nasihat dan menjalankan kerja berhubung dengan aspek di atas serta aspek lain bagi analisis kerja dan pekerjaan dalam bidang seperti pentadbiran personel, penyelidikan dan perancangan tenaga manusia, latihan atau maklumat pekerjaan, dan bimbingan vokasional;

Contoh Pekerjaan Lain

* Kerani Sumber Manusia
* Penyelia Sumber Manusia
* Pengurus Sumber Manusia

Kerjaya ini juga boleh terdapat di dalam bidang-bidang lain

Wednesday, January 19, 2011

360,000 peluang kerja tahun ini - Sheikh Yahya

Rakyat diminta meningkatkan kemahiran yang ada untuk merebut lebih 360,000 peluang pekerjaan yang dijangka ditawarkan sepanjang tahun ini.

Ketua Pengarah Tenaga Kerja, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata, kebanyakan pekerjaan baru tersebut melibatkan kategori pekerjaan gaji sederhana dan tinggi.

"Kita jangkakan lebih banyak peluang pekerjaan terutama dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan akan ditawarkan pada tahun ini hasil daripada pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Jabatan Tenaga Kerja sendiri telah bekerjasama dengan beberapa koridor termasuk kawasan Iskandar Malaysia untuk mengenal pasti dan memenuhi jawatan kosong yang akan diwujudkan sepanjang 2011 dan tahun-tahun selepas ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020 dengan 60 peratus daripadanya menawarkan gaji sederhana dan tinggi.

Sheikh Yahya berkata, peluang pekerjaan pada masa ini masih tertumpu kepada kawasan Pantai Barat tetapi ia dijangka diperluaskan ke kawasan lain selari dengan peluang ekonomi yang dijana oleh projek-projek koridor di seluruh negara.

"Kita menjangkakan pelaksanaan projek koridor serta Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan mewujudkan lebih ramai peluang di negeri-negeri lain di luar Pantai Barat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 283,455 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui pelbagai program penempatan kerja yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dalam tempoh 2007 hingga 2010.

Menurutnya, Jobs Malaysia umpamanya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan mencatatkan 1.1 juta pencari kerja terkumpul setakat 31 Disember 2010.

Tuesday, January 18, 2011

Pekerjaan dan Latihan

Pekerjaan merupakan asas kepada kehidupan setiap individu. Ia membolehkan seseorang itu menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dan juga ekonomi negara di samping menyediakan kerperluan asas kepada ahli keluarga di bawah tanggungannya. Ia juga memberikan kepuasan individu dan juga bertindak sebagai salah satu cara untuk meningkatkan nilai peribadi seseorang itu.

Sedang mencari pekerjaan? Ataupun bercadang untuk meningkatkan kemahiran professional yang anda miliki?